7 Rahsia kecantikan Kate Middleton yang paling "sweet”





Bila sebut tentang keluarga diraja. Pasti nama Kate Middleton  atau Catherine, The Duchess of cambridge yang paling famous. Suka tengok gaya simple dan keibuan beliau kan?
Sesuai bebenar jadi isteri seorang anak raja.
Setuju kan?

Ibu kepada tiga dan bakal empat cahaya mata ini sudah lama mengenakan atau me-makeup diri sendiri. Sebelum beliau menjadi keluarga diraja lagi tau. Dan sudah menjadi keluarga diraja, pon beliau make up sendiri. Kalau i la jadi dia, mau ku hire make up artist.. gituuu.
Nasib la tak jadi. Hahaha. Syukur alhamdulillah. Kalau habis duit laki aku.

Nah, Tujuh rahsia yang bukan lagi rahsia kecantikan the Duchess.



1/7 Thou Shalt Not Wear Bright Lipstick.

Beliau tidak sama sekali menggayakan lipstick yang bewarna cerah. Rupanya ada protokol tau. Tidak dibenarkan menggayakan warna lipsctik yang terang atau terlalu pink. Warna nude atau sweet-sweet pink ni buatkan seseorang itu nampak lagi lembut dan mudah didekati. Tak garang dan friendly juga tau.

Sesuai la dengan imej keibuan dan imej diraja Kate Middleton.

Sebab tu kalau tengok muka Kate Middleton ni rasa macam sejuk je hati kan?



2/7 Thou Shalt Not Have Bright Nails.

Queen Elizabeth tidak suka pada pewarna kuku yang terang dan juga kuku yang panjang. Disebabkan itu, Kate Middleton juga sentiasa memastikan kuku beliau pendek dan bersih. Berkilat itu bonus!
Beliau juga mendedahkan pewarna kuku yang paling digemari adalah Essie’s ‘Ballet Slippers’.

Kita pula, kalau merendang ke menguyit. Biarkan sehari pon tak apa kunyit tu kan. Kuning-kuning tangan tu pergi mall. So, kita kena berubah!



3/7 Thou Shalt Keep It Simple.

Simple is queen. Sesuai la kan dengan tema beliau. Kate Middleton jarang sekali mengenakan make up yang tebal. Cukup sekadar medium coverage foundation dan make up bahagian mata yang simple.
Kita kalau tengok dia, tak pernah yang ‘overdone’. Dari blusher, eye shadow mahupon lipstick.

Just nice on her. On point sangat.

Ada sampai satu tahap, semua orang nak pakai foundation full coverage. tapi ilmu tak ada. Habis muka macam apa bercapuk sana sini. Kening pon nak dilukis macam buku kanak-kanak (sambung dot-to-dot).

Jom jadikan make-up Kate Middleton sebagai inspirasi.


4/7 One’s Makeup Must Stay Put.

Apabila Kate Middleton menghadiri sesuatu majlis, beliau akan berada di majlis selama beberapa jam dan sering kali mengadakan aktiviti bersama. Tidak kira bersukan atau bercucuk tanam. Berah mesra dengan rakyat mahupon bermain bersama kanak-kanak. Oleh itu, make-up beliau mesti pada tahap paling bagus.

Semestinya setting make-up seperti pelembap, serum, primer, foundation, loose powder dan foundation berada pada kualiti dan tahap terbaik.  Barangan apa yang digunakan, kita tidak didedahkan. Kalau tahu, habis Sold-out sokmo.

Tapi yang pasti ia berkesan. Raut wajah walaupon berada di majlis dalam masa yang lama, tetap nampak berkilat tetapi kilatan yang cantik.
Begitu juga rambut beliau. Tak ada lah kita nampak pernah terbuari macam hantu kak limah kan?



5/7 Thou Shalt Switch It Up.

Bila berkata mengenai rambut, rambut Kate Middleton tidak pernah mengecewakan. Selalu kita nampak ‘fresh look’ gitu kannn...
Dari paras bahu dan curls, fringe. Semua ngam.

Bukan beliau buat style pelik-pelik atau terlalu mengikut trend kan. 



6/7 Thou Shalt Banish Thy Greys.

Opsss! Ada masa ternampak warna rambut asal beliau. Tetapi Kate Middleton tidak membiarkan ia dalam masa yang lama. Pantas sahaja beliau mewarnakan semula rambut kepada warna kegemaran iaitu brunette. Perfect!



7/7 Thou Shalt Never Took Unkempt.

Makna kata, Kate Middleton ni tak pernah rupa tak siap. Always look presentable. Rambut ON. Makeup light-light ON. Baju ON. Semua okay..
Kerabat raja kan.

Kalau kita ni????

malas nak cakap banyak la. Malu kot!


So dari pengamatan kita, bukan lah barang-barangan branded atau mahal-mahal yang diketengahkan disini. Tetapi cara kita menjaga kebersihan diri dan penampilan diri.
Kita kena ada ilmu yang basic ini dan always look presentable.

Saya sendiri suka skodeng apa sahaja berkaitan Kate Middleton ini.

I just love her simplycity.

No comments