JERAWAT

Apa itu jerawat? Jerawat adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan bintik hitam, benjolan kecil pada muka, bahu, belakang, leher, dada dan bahagian atas lengan. Jerawat juga boleh menjadi blackheads, whiteheads, sista dan nodul. Jerawat biasanya timbul bila masa seseorang meningkat baligh. Pada peringkat itu, kelenjar sebaceous atau minyak bergerak aktif. Kulit manusia ada liang yang menyambungkan kelenjar minyak di bawah lapisan kulit iaitu dermis. Folikel menyambungkan kelenjar dengan kulit. Folikel adalah sejenis kantung yang menghasilkan dan merembeskan cecair. Kelenjar yang menghasilkan minyak dipanggil sebum. Sebum mengangkut sel kulit mati dari folikel ke kawasan dermis ke epidermis. Rambut atau bulu juga tumbuh melalui kawasan tersebut. Jerawat terjadi apabila folikel ini tersumbat dan minyak terbentuk dibawah lapisan kulit. Sel kulit, sebum dan rambut boleh berkumpul dan menghasilkan satu gumpalan. Gumpalan ini dijangkiti bakteria dan menyebabkan benjolan. Dari situ jerawat mula dihasilkan. Bakteria yang menghasilkan jerawat dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes) Jerawat la pulakkkkk hari ini. #DoozyBeauty #beYOUtiful #mamaCOOL #SainticCantik

No comments