Apa itu Garam Epsom

Apa itu Garam Epsom?

Garam Epsom adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat.

Magnesium dan sulfat boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul.

Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit dan memberi aura.

Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua-dua mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air panas suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.

Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti-aktiviti enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, melegakan pre-clampsia, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri.

Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.

Ada rasa nak beli garam Epsom tak?

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101


No comments