Supaya liang roma kita yang tersumbat tu, boleh clear balik.
Kalau kita tak cuci, ia akan semakin tersumbat. Bayangkan macam batang paip.
Kalau kita tak endah untuk pam atau letak pelincir atau peluntur, pasti satu
hari ia akan tersumbat teruk. Dan menghemburkan semula isi nya kan?
Sama macam
kulit kita. Kena lah cuci supaya ia boleh berfungsi dengan baik.
Tak kurang juga untuk mendapatkan wajah yang ceria dan
cantik juga licin. Kalau bab pemalas bebeno nak cuci muka, sabun badan tu,
sekali harung je basuh muka. 2 in 1 la kan.
Kalau tak cuci muka, sel kulit mati akan terperap dan
menebal di wajah. Buat kulit kita nampak gelap dan kusam. Tak percaya, jangan
la basuh muka seminggu. Tengok apa hasilnya.
Cuci muka ni macam cuci pinggan la. Untuk buang minyak dan
kotoran. Setiap kulit manusia pasti ada minyak. Sikit atau banyak sahaja
konsepnya. Kalau pinggan tak basuh, kita nak guna semula ke? Tak kan. Sama juga
macam muka, kalau tak cuci muka, baik sedekah je pada bank kulit. Senang
plastik surgeon nak buat pembedahan.
#YouthbyMJ
No comments